Google Website Translator Gadget

Sunday, March 4, 2012

Projek Bela Ikan Guppy

Catatan pendek berkaitan projek saya untuk membela ikan guppy bersama anak saya yang berumur 6 tahun. Projek ini adalah sebagai pengenalan untuk pelajari cara-cara untuk membela dan menjaga ikan. Ikan guppy telah dipilih kerana ianya dikatakan agak tahan lasak dan senang dijaga oleh pengusaha kedai akuarium.

 Berikut adalah senarai kos dibundarkan ke nilai RM teratas.
  1. Sabtu, 25 Feb 2012
    1. Tangki lebar sekaki RM10
    2. Hiasan pokok plastik RM5
    3. Hiasan pasir berwarna RM5
    4. Penapis air RM30
  2. Selasa, 28 Feb 2012
    1. Ikan Guppy jantan RM2 seekor (asal 3 ekor tapi seekor mati)
    2. Makanan ikan RM5
  3. Jumaat, 2 Mac 2012
    1. Ikan Guppy betina RM2 seekor (beli 2 ekor tapi keesokannya mati kedua-duanya)
    2. Pam udara RM10

Perkara yang telah kami pelajari adalah:
  1. Sentiasa jaga kebersihan air, air yang kotor akan akibatkan ikan mati (apa yang terjadi pada 2 ekor ikan guppy betina)
  2. Air perlu digantikan setiap seminggu, sambil itu bilas tangki sehingga bersih
  3. Apabila mengganti air, gunakan air dari paip air yang bertapis (untuk kurangkan kesan klorin)
  4. Jangan terlebih beri makan, cukup dengan sedikit pada pagi dan petang (sekiranya terlebih, air akan cepat kotor)
  5. Gunakan pam air untuk pastikan air terdapat oksigen yang cukup
  6. Gunakan penapis air untuk membantu menjaga kebersihan air
  7. Pada penapis air, letak sedikit halangan supaya ikan tidak tersedut masuk (seperti yang berlaku pada seekor ikan guppy jantan - mujur terperasan awal dan dapat diselamatkan)

video

video

12 comments:

Ratu Ainey said...

saya baru nk belajar bela ikan gapi nie..tp dh 2 ekor mati..yg sekor tu jantan,sekor lg betina dh nk betelor.tp mati lak..n kt permukaan air tu da buih2..tu telor ikan kah? sy keliru..sy xbrani tukar air bb esaw kalau2 tu telor ikan..

Raja Iskandar Shah said...

setahu saya, ikan guppy bertelur dan simpan dalam perut hingga menetas. mungkin buih2 tu telur ikan, tapi tak pasti samada boleh survive ke kalau bukan dalam perut ikan guppy. buat masa ini saya bela ikan platy pula.

Raja Iskandar Shah said...

lagi satu perkara, ikan guppy dewasa sering makan anak ikan yg baru menetas. perlu asingkan ibu guppy berkenaan ke tangki / bekas yg berasingan. good luck.

Anonymous said...

salam...ikan guppy tidak bertelur..ikan guppy beranak sama seperti ikan molly dan platy...saya pelihara dlm tong je x pakai pam oksigen cuma masukkan kiambang sabagai tempat anak-anak guppy berlindung...

Anonymous said...

ikan gapi beranak..bkn bertelur..just letak karng or mainan dlm air utk anak ikan menyorok dr kene makan..yup,mmg parent dorg mkn anak

Anonymous said...

ikan kapi sye bru branak....byk....nasib bek sye da kuarkan ibunya

Fazliana Jamil said...

bela ikan mmg syok...tengok ikan lagi syok...tapi nk maintain air....jenuh...huhu...

Raja Iskandar Shah said...

saya dah give up bela ikan bersaiz kecil seperti guppy dan platy. platy tak tahan cuaca panas, baru-baru ini disebabkan cuaca panas, ikan platy saya yg terakhir mati.
sekarang saya sudah ada tangki yg lebih besar dan dah ganti filter. nak maintain air gunakan filter yg sesuai. sekarang saya bela ikan komet goldfish. lebih lasak.

Saiful said...

saya nak tanya.. boleh tak kalau kita campur ikan komet dengan ikan guppy dalam 1 akuarium.

Raja Iskandar Shah said...

Boleh. Tetapi mungkin tidak praktikal kerana saya gunakan water filter bersaiz sederhana dan kekadang ikan guppy yang kecil akan tersedut ke dalam saluran water filter.

Anonymous said...

Salam 1Malaysia buat admin dan para komentar diatas..sy nk terangkan ckitlah bdasrkan pengalaman dan pembelajaran sy dlm membela guppy dan spesies seangkatan dengannya..pertama kesalahan yang saya dpt detect sbb matinya guppy tsbut kerana saiz akua yg x brape nk btol..saiz nk kene besar..cube g tgk tmpt jual ikan mesti tank dyorang besar dan bknnye sbb senang nk masukkan ikan bnyk2 tp sbb ikan nie trlampau sensitif thdp kualiti air,suhu,karbon dioksida,ammonia,pH level dsbgnye..kalu owner petstore ltak dlam tank kecik tu x tawla mungkin ikan tu cpat laku kot and nk jimat tempat..jgn basuh tank seminggu sekali..hnya tukar maks 50 % air buat minggu pertama dan minggu2 seterusnya maks 30 % sahaja..paling tdak pon owner kene letak sponge filter utk bacteria baik merebak..kalu filter media jgn terus cuci pki air paip atau ganti baru dlm tempoh terdekat..hnya basuh guna air dlm tank td time nk ganti air.owner ade x cycle air dlm tank dlm 2 - 3 hari..?kalu ada insyaallah okey je bela ikan nie..yg len sume step yg ada diterangkan admin btol ctne perbaiki saiz tank sahaja kalau nk bela bnyk2.guppy pula jgn nisbah jantan melebihi betina..sekian..

When Your Pet Is Happy = Anda Happy = Saya Pun Happy

rukiah yusof said...

Sy ada bela ikan molly dan guppy dalam aquarium yg sama ..tp ikan molly asyik mati je..kalau sy bela ikan molly dalam tong besar dan letak kiambang..rasanya ikan molly tu boleh survive ke x?